Zapin


Lagu “Zapin Ya Ladan”

Informasi Latar Belakang

Zapin, seperti Masri, juga mempunyai asal usul daripada Timur Tengah. Ia dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Malaya dan Singapura pada abad ke-19. Muzik Zapin selalunya dimainkan dengan alat muzik gambus (dipanggil “oud” dalam istillah Inggeris). Tempo muziknya antara tempo sederhana dan laju rancak. Zapin juga mempunyai identitinya tersendiri di dalam dunia tarian Melayu.

Selain alat muzik gambus, muzik Zapin juga boleh dipimpin oleh alat muzik violin atau accordion. Lazimnya, para pemuzik akan bertukaran memainkan muzik secara solo antara satu sama lain untuk mempertunjukkan kecekapan masing-masing. Alat muzik rebana pula akan mengiringi dengan memainkan rentak Zapin.

Rentak Zapin

 Rentak zapin yang dipelajari di dalam kelas adalah yang asas sahaja. Pada realitinya, rentak yang dimainkan ditokok tambah lagi bunyiannya untuk mencantikkan lagi muzik ini.

Penggambaran rentak asas zapin:

Tulisan nota muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):

Contoh-contoh Muzik Zapin yang Lain

  • Zapin Budi – Persembahan secara live oleh kumpulan Sri Mahligai
  • Bunga Hutan – Dari filem “Bawang Putih Bawang Merah”
  • Zapin Telok Belangah – Dinyanyikan oleh Cikgu Zubir Abdullah
  • Cindai – Dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Muziknya pada “Verse” dan “Pre-chorus” adalah rentak zapin. “Intro” dan “Chorus” pula berentak inang laju.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: