Muzik Melayu Asli


Lagu “Gurindam Jiwa”

Informasi Latar Belakang

Muzik Melayu asli merupakan muzik yang berciri sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan dan bunyi muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan pantun yang berkenaan dengan sejarah lama, seperti lagu “Seri Mersing”, “Siti Payung” dan “Laksmana Mati Dibunuh”. Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu “Gurindam Jiwa”.

Selalunya, penyanyi atau pemain violin memainkan peranan yang penting dalam lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sementara diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia harus memerlukan penguasaan suara dan teknik nyanyian serta penafasan yang betul.

Rentak Asli

Rentak asli yang dipelajari di dalam kelas adalah yang asas sahaja. Pada realitinya, rentak yang dimainkan ditokok tambah lagi bunyiannya untuk mencantikkan lagi muzik ini.

Penggambaran rentak asas Asli:

Nota tulisan muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):

Contoh-contoh Muzik Asli yang Lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: