Mengenali Lima Rentak

Terdapat pelbagai jenis permainan muzik tradisional Melayu di dalam seni muzik bangsa Melayu. Permainan kompang/hadrah, gamelan dan dikir barat adalah di antara jenis-jenis permainan muzik tradisional Melayu yang masih dimainkan pada hari ini. Kemudian, ada juga permainan muzik tradisional Melayu secara berkumpulan yang memainkan peralatan muzik seperti rebana, gendang, violin, accordion dan seruling. Muzik yang dimainkan ini selalunya disertakan dengan nyanyian.

Pancaragam atau orkes (iaitu sekumpulan pemain muzik tradisional Melayu) dapat memainkan muzik tradisional Melayu yang merangkumi genre seperti dondang sayang, ghazal, Melayu asli, inang, zapin, masri dan joget. Namun yang menjadi fokus untuk bengkel kita adalah muzik asli, inang, zapin, masri dan joget sahaja.

Biasakanlah diri awak dengan rentak-rentak muzik yang telah disebutkan kerana awak akan menggubah lagu secara berkumpulan dengan menggunakan rentak-rentak ini! Tetapi jangan khuatir, ia sebenarnya sangat menyeronokkan!

Sila ziarahi lelaman ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pancaragam-pancaragam muzik tradisional Melayu di Singapura.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: