Tugasan 1: Menulis Refleksi

7 Mac

Cari dan dengarkan satu lagu tradisional Melayu yang kamu suka (berdasarkan rentak asli, inang, zapin, joget atau masri). Lagunya harus berlainan daripada contoh-contoh yang diberi di dalam blog. Berikan tajuk dan rentaknya (dan juga pautan kepada video/lagu itu) dan tuliskan refleksi mengenai lagu tersebut berdasarkan soalan-soalan di bawah ini. (Had perkataan: 70 – 100)

• Apa yang membuat kamu tertarik dengan lagu ini?
• Jika lagunya dinyanyikan, siapakah penyanyinya dan apakah maksud liriknya?
• Jika lagunya instrumental, alat muzik apakah yang dapat didengari?
• Apa perasaan kamu apabila mendengarkan lagu ini?

Lakukan tugasan ini selewat-lewatnya pada 16hb Mac, hari Rabu.


Lagu tradisional kegemaran Cikgu Syafiqah

Tajuk lagu: Hari Ribut
Rentak: Zapin

Saya gemar mendengar lagu ini kerana lenggok melodinya yang sangat menarik. Lagu yang berentak zapin ini amat rancak dan membuat saya seperti mahu menari. Saya amat senang sekali mendengar lagu ini, terutama sekali apabila mendengar gesekan violin yang begitu manis pada pendengaran saya. Tidak siapa yang tahu penyanyi asal lagu ini kerana ia merupakan lagu tradisional. Di dalam video ini pula, lagunya dinyanyi dan dimainkan oleh “Pak Ngah & The Group”. Lirik lagunya adalah dalam bentuk pantun yang menasihati kita supaya bersopan santun dan berbudi. Tajuk “Hari Ribut” diambil daripada kata pembayang pantun.

Kumpulan yang memainkan lagu ini menarik kerana menyertakan alat-alat muzik India (tabla) dan Cina (erhu). Persembahan ini telah diadakan di London sempena Minggu Malaysia pada tahun 2008. Lihatkah kamu betapa seronoknya orang asing menari pada muzik tradisional Melayu ini? 🙂

Tahukah anda?
Pemain accordion di dalam video ini adalah Pak Ngah, atau namanya yang sebenar, Suhaimi Mohd Zain. Dia adalah seorang penggubah muzik yang telah menggubah lagu-lagu tradisional moden seperti “Cindai” yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Jadi sekarang giliran awak pula: Lagu tradisional Melayu apakah yang menjadi kegemaran awak?

47 Respons to “Tugasan 1: Menulis Refleksi”

  1. Jacqueline Monteiro 19 Mac 2012 pada 11:34 pm #

    Jacqueline Anne Monteiro 1e5
    Tajuk:Masri Manis
    Rentak: Masri

    Saya memilih lagu ini kerana rentaknya yang ceria dan menarik. Lagu ini mengingatkan saya tentang bunyi kampung yang unik seperti ‘ayam berlari’. Penyanyi lagu ini juga menyampaikan lagu dengan baik kerana suaranya yang merdu. Saya rasa lagu ini menunjukkan cara hidupan di kampung di mana suasana amat tenang. Saya juga suka lagu ini kerana saya akan rasa relaks apabila mendengarnya

  2. Anastasia 19 Mac 2012 pada 10:59 pm #

    Anastasia (1E5)
    Tajuk: Masri Manis(Siti Nurhaliza) Rentak:Masri
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=zIkAC-KarSA
    Lagu ini menarik perhatian saya kerana suara Siti yang merdu itu. Saya boleh membayangkan kehidupan di dalam kampung apabila saya mendegar lagu ini. Saya paling suka lirik-lirik, “Adik menanti duduk molek-molek,” dan “Ibu di rumah tunggu cantik-cantik” kerana dia boleh menyanyi lirik-lirik tersebut dengan ekspresif. Siti Nurhaliza amat sesuai menyanyi lagu-lagu tradisional Melayu. Saya harap bahawa saya boleh menjadi seperti Siti Nurhaliza.

  3. Deanna 18 Mac 2012 pada 8:11 pm #

    Tajuk: Cindai (Siti Nurhaliza)
    Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=0Z_zoepU35M

    Lagu ini menarik perhatianku kerana lagu ini mengingatkanku sebagai air kerana suaranya ada sesuatu ‘aliran’ kepadanya. Nyariannya pun sedap. Sungguh merdu. Aku pun suka lagu ini kerana ia oleh Siti Nurhaliza. Aku suka mendengar lagu olehnya.

  4. Nur Anisa Azzli 18 Mac 2012 pada 4:41 pm #

    Nur Anisa Azzli dari 1E3
    Tajuk:Siti Nurhaliza – Zapin Pekan
    Rentak: Zapin
    Pautan:http://www.youtube.com/watch?v=5h18dGMwB_Y

    Lagu ini menarik perhatian saya kerana ia amat sedap untuk didengar dan saya suka mendengarnya. Sebelum saya mendengar ini saya tidak hendak pasti jikaia lau yang saya sepatut tulis tentang teatapi saya amat gembira kerana say suka Siti Nurhaliza! Saya akan menunjukkannya kepada teman-teman saya kerana suara Siti nurhaliza amat merdu.

  5. Sonia dari 1E2 18 Mac 2012 pada 2:45 pm #

    Lagu:Zapin Pusaka, Noraniza Idris
    Rentak: Zapin
    Saya memilih lagu zapin pusaka kerana melodinya agak kontempori dan suara penyanyi sangat merdu. Liriknya membawa manfaat dan menasihatkan kami supaya jangan melupakan adat pusaka orang melayu. Kepada saya yang jarang mendengar muzik traditional, lagu Zapin Pusaka menonjolkan adunan muzik yang moden dan lebih rancak , sesuatu saya gemari. Seperti lagu-lagu zapin yang lain, pengaruh Arab terselah dengan penggunaan alat muzik gambus. Alat-alat lain yang digunakan juga ialah viola, akordian, seruling dan tamborin.

  6. Yasmin Iman 15 Mac 2012 pada 11:07 pm #

    Nama:Yasmin Iman
    Kelas: 1E3
    Tajuk: Zapin Cinta Asmara, Siti Nurhaliza Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=QRwJOshKlx8

    Lagu ini menarik perhatian saya dengan nyanyian yang merdu dan lirik lagu ini. lagu ini pun memberikan perasaan gembira. Alat muzik yang digunakan adalah rebana. Apabila saya mendengar lagu ini saya mengambarkan dua orang yang amat gembira dan dalam cinta. Lirik-lirik adalah penyanyi memberikan contoh-contoh apa mereka adalahdaam percintaan ini. Saya suka lagu ini!!!

    • muztradmelayu 20 Mac 2012 pada 4:17 pm #

      Terima kasih Yasmin atas refleksi awak. Popular ya lagu ini, kerana tiga daripada kawan awak telah menuliskan refleksi mereka berdasarkan refleksi ini! Tetapi suatu percubaan yang baik untuk mendengarkan lagu yang tidak ada di antara lagu-lagu contoh yang diberikan. Benar kata awak, alat muzik rebana ada kedengaran di dalam lagu ini. Lagu ini memang menceritakan tentang sesuatu percintaan antara dua orang. Tahniah kerana telah menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 😀

  7. Nur Insyirah 15 Mac 2012 pada 5:47 pm #

    Nur Insyirah dari kelas 1E2
    Tajuk: Zapin Budi
    Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=AiFNSgMZGhg

    Lagu ini menarik perhatian saya kerana melodinya yang menarik. Lagu Zapin Budi ini dinyanyi oleh Noraniza Idris. Lagu ini rancak dan sedap didengari lebih-lebih lagi dengan suara Noraniza Idris yang merdu. Lagu ini membuat saya seperti ingin menjoget. Saya rasa lagu ini dimainkan pada hari perkahwinan orang melayu. Lirik lagu ini menceritakan tentang perkahwinan dan cinta dengan pelbagai jenis bahasa berbunga yang indah dan tidak pernah saya dengar.

    • muztradmelayu 20 Mac 2012 pada 4:09 pm #

      Terima kasih atas refleksinya Insyirah. Lagu Zapin Budi ini adalah di antara lagu-lagu contoh yang saya telah sematkan ke dalam blog ini. Tetapi yang menariknya awak memilih versi lagu Zapin Budi yang dinyanyikan Noraniza Idris secara langsung ini. Muziknya telah dibaharukan dan sangat moden sekali. Walaupun rentak asasnya adalah zapin, rentak ini dimainkan dengan “drum set” dan inilah yang membuat lagu ini kedengaran sangat moden.

      Inilah caranya produser muzik pada hari ini memberi pernafasan yang baru kepada lagu-lagu lama supaya menarik perhatian anak-anak muda seperti generasi kita. Walaupun demikian, kita juga tidak harus lupa dan harus mengambil tahu bagaimana lagu-lagu lama ini dimainkan secara tradisional. Tahniah kerana telah menyesuaikan diri awak dengan rentak zapin! 😀

  8. Aqeilah Arfah 15 Mac 2012 pada 4:02 pm #

    Aqeilah Arfah dari 1E5
    Tajuk: Asmaradana
    Rentak: tidak pasti 😦
    Pautan:http://www.youtube.com/watch?v=eEGveOaQxw4

    refleksi: Saya amat tertarik kepada lagu ini kerana rentaknya sungguh rancak. Lagu ini dinyanyikan oleh Tiara Jacquelina. Liriknya menunjuk yang ini sebuah lagu tentang cinta. Saya tidak pasti akan alat-alat muzik yang telah digunakan. Lagu ini membuat saya rasa amat gembira kerana inilah lagu Melayu kegemaran saya. Saya berasa macam hendak berdiri dan berjoget apabila saya mendengar lagu ini.

    • muztradmelayu 20 Mac 2012 pada 3:56 pm #

      Terima kasih Aqeilah atas refleksi awak. Sebenarnya lagu yang dipilih ini adalah lagu moden, di mana rentaknya juga adalah rentak moden, bukan tradisional. Mungkin lenggok melodinya, yang juga disertakan nyanyian bahasa Jawa lama (kalau tidak silap saya), ada unsur-unsur muzik tradisional Indonesia. Tetapi tidak ada unsur-unsur rentak zapin, asli, inang, zapin atau joget langsung dalam lagu ini. Walau bagaimanapun saya nampak usaha awak untuk mendengarkan lagu yang berbeza daripada lagu-lagu contoh yang diberi. Teruskan mendengar lagu-lagu Melayu, dan cuba dengarkan lagu-lagu Melayu lama yang lebih unsur-unsur tradisionalnya. 🙂

  9. Zarith Sofea 13 Mac 2012 pada 12:15 pm #

    Zarith Sofea dari 1E3
    Tajuk lagu: Joget Kenangan Manis
    Penyanyi: Sudirman Rentak: Joget

    Saya telah memilih lagu ini kerana ia telah menarik perhatian saya. Saya juga suka mendengar rentaknya yang ceria walaupun lagu ini mengenai seseorang yang merindui kekasihnya. Suara Sudirman juga sedap didengar dan amat merdu. Pada pendapat saya, lirik-lirik lagu ini bermakna dan saya tentu akan mengesyorkan lagu klasik ini kepada kawan-kawan saya.

    • muztradmelayu 20 Mac 2012 pada 3:44 pm #

      Terima kasih Zarith atas refleksi awak ini. Bagus sekali, kerana awak telah mendengarkan lagu yang tidak ada di antara lagu-lagu contoh di dalam blog. Saya setuju dengan awak, rentak joget memang ceria, tidak kira makna lirik lagunya. Amat baik sekali jika awak dapat mengajak kawan-kawan awak untuk mendengarnya. Dengan usaha awak, dapatlah muzik dan lagu-lagu tradisional Melayu disebarkan kepada lebih ramai remaja. Tahniah kerana telah membiasakan diri awak dengan rentak joget! 😀

  10. Syaza Aliaa 12 Mac 2012 pada 4:54 pm #

    Syaza Aliaa dari kelas 1E5
    Lagu: Gurindam Giwa
    Rentak: Musik Melayu Asli
    Pautan:http://www.youtube.com/watch?v=Xo-k60uaQqI
    Refleksi: Saya amat menggemari lagu ini kerana sewaktu saya kecil, nenek saya selalu mendendangkan lagu ini setiap kali saya hendak tidur. Saya berpendapat bahawa bahasa yang digunakan di dalam lagu ini amat berbunga-bunga dan berpuisi. Lagipun, lagu ini dinyanyikan di dalam nada yang lembut dan menenangkan fikiran. ^^

    • muztradmelayu 20 Mac 2012 pada 3:32 pm #

      Terima kasih Syaza atas refleksi awak. Lagu Gurindam Jiwa (maklum ejaannya ya!) ini ada di antara lagu-lagu contoh yang diberikan di dalam blog (lihat atas: Mengenali Lima Rentak>Asli) Namun, saya amat tertarik dengan refleksi awak kerana awak sudah pun mengenali lagu ini sebelum saya memperkenalkan lagu ini di dalam blog. Benar kata awak, lagu ini mempunyai lirik yang sangat puitis dalam bentuk gurindam, berbeza sedikit dengan format pantun (lihat Pautan di kanan). Tahniah kerana telah menyesuaikan diri dengan rentak asli! 😀

  11. Aesyah 12 Mac 2012 pada 2:28 pm #

    Aesyah, 1E7
    Tajuk: Zapin Cinta Asmara , Siti Nurhaliza
    Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=QRwJOshKlx8

    Oleh kerana rentak dan melodi lagu ini menarik, saya amat tertarik dengan lagu ini. Lagu Zapin Cinta Asmara ini, dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Pada pendapat saya, lirik lagu ini menggambarkan cinta dalam banyak cara yang berlainan dengan menggunakan frasa-frasa berbunga. Jika lagu ini instrumental , alat-alat muzik seperti viola, rebana dan flute boleh didengari. Ssaya berasa amat gembira apabila mendengar lagu ini kerana melodi kagu ini amat menarik.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 4:16 pm #

      Terima kasih atas refleksi awak, Aesyah. Memang lirik lagunya sungguh romantis sekali dengan penggunaan bahasanya yang puitis. Untuk pengetahuan awak, apa yang membuatnya puitis adalah penggunaan perumpamaan (contoh: “engkau bagaikan purnama”) dan metafora (contoh: “akulah bunga”). Alat muzik viola agak berbeza sedikit dengan alat muzik violin (lihat video ini), dan alat muzik yang awak dengar sebenarnya adalah violin. “Flute” dinamakan seruling dalam Bahasa Melayu. Tahniah kerana telah membiasakan diri awak dengan rentak zapin! 🙂

  12. Aiman Nurdeeni 1e2 10 Mac 2012 pada 5:02 pm #

    Aiman Nurdeeni 1e2 (1)
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=zIkAC-KarSA
    Tajuk: Masri Manis
    Rentak: Masri

    Lagu tradisional ini manarik perhatian saya kerana ia adalah lagu yang sangat ceria dan menenangkan. Penyanyinya, Siti Nurhaliza, mempunyai suara yang sangat merdu dan indah. Ini lagi satu sebab mangapa saya suka lagu ini.
    Maksud lirik lagu ini ialah tentang cintaan, keluarganya dan banyak lagi. Apabila saya mendengar lagu ini, saya berasa sangat ria dan gembira. Lagu ini sangat merdu dan menarik. Saya akan mengajak kawan-kawan atau keluarga saya untuk mendengar lagu ini.

    • muztradmelayu 19 Mac 2012 pada 9:31 am #

      Terima kasih Aiman atas refleksi awak! Lagu ini adalah di antara lagu-lagu contoh yang telah saya berikan di dalam blog ini. Namun, nampaknya hanya awak sahajalah yang menulis refleksi tentang lagu masri, jadi ini adalah suatu percubaan yang baik. Benar kata awak lirik lagu ini adalah mengenai percintaan dan keluarga, tetapi secara khususnya, lagu ini adalah mengenai kampung (“rindu pada desaku” dan cara kehidupan orang-orang kampung yang “(bagai) aur dan tebing berteguh sakti”, “manis sahut bersahut salam) dan sebagainya [lihat liriknya di sini]. Tahniah kerana telah membiasakan diri awak dengan rentak masri! 😀

  13. Reena Nalisha 10 Mac 2012 pada 11:38 am #

    Reena Nalisha dari kelas 1E2
    Tajuk: Seloka Hari Raya
    Rentak: Joget
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=K4GQtubJoUI

    Lagu ini membuat saya bersemangat dan tidak sabar untuk menyambut hari raya. Lagu ini dinyanyikan oleh Uji Rashid dan Hail Amir Lirik lagu tersebut mengajar kita tentang suasana hari raya dan bagaimana budaya kita menyambutnya. Alat-alat muzik yang digunakan ialah seruling, kompang, klarinet, gitar elektrik dan dram. Rentak lagu ini cepat dan menghiburkan. Lagu ini dapat mempertahan buat beberapa generasi.

    • muztradmelayu 19 Mac 2012 pada 9:17 am #

      Terima kasih Reena atas refleksi awak! Sebenarnya lagu ini adalah di antara lagu-lagu contoh yang diberikan semasa bengkel dan juga di dalam blog ini. Tetapi tidak mengapa. Saya suka semangat awak untuk menyambut hari raya! Alat muzik yang paling jelas didengar di dalam lagu ini adalah violin (dengarkan intro dan outro muziknya). Saya juga merasakan bahawa lagu ini tidak akan jemu didengar pada Hari Raya buat beberapa generasi yang akan datang. Tahniah kerana telah membiasakan diri dengan rentak joget! 😀

  14. Amirah Ishaq Ong 9 Mac 2012 pada 9:34 pm #

    Amirah Ishaq Ong dari 1E5
    Tajuk: Joget Malaysia. Rentak: Joget.
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=FW1KOiTKc1I&feature=player_embedded#!
    Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia agak cepat dan ada rentak yang menarik. Liriknya mahu memberitahu orang bahawa Malaysia adalah negeri yang hebat.
    Penyanyi lagu ini adalah P.Ramlee dan Saloma. Lagu ini dari filem Seniman Agung.
    Saya rasa bahawa lagu ini boleh menarik hati sesiapa pun. Walaupun tajuk lagu ini ‘Joget Malaysia’ , ia boleh menikmati orang dari negari lain.

    • muztradmelayu 19 Mac 2012 pada 9:08 am #

      Terima kasih Amirah atas refleksinya! Suatu pemilihan lagu yang baik sekali, tidak ada di antara lagu-lagu contoh yang diberikan! Betul kata awak, Amirah. Lagu ini tidak semestinya khusus didengar oleh penduduk Malaysia sahaja, penduduk negara lain juga dapat menikmatinya. Menarik sekali kerana ada lagu patriotik yang digubah dengan menggunakan rentak tradisional, iaitu rentak joget. Bolehkah awak pula fikirkan satu lagu patriotik khusus tentang negara Singapura yang digubah dengan menggunakan rentak tradisional? Tahniah kerana telah membiasakan diri dengan rentak joget! 😀

  15. Liyana 9 Mac 2012 pada 3:47 pm #

    Nama:Liyana
    Tajuk:Hati ke Hati Rentak:Zapin
    Saya tertarik kepada lagu ini kerana saya suka rentaknya.Saya juga suka melodinya. Ibu saya ada lagu Siti Nurhaliza dan mencadangkan penyanyi ini. Penyanyinya adalah Siti Nurhaliza dan Fahmi Jaafar. Saya tidak memahami lirik lagu itu. Saya berasa amat tenang dan teruja pada masa yang sama. Saya berasa tenang kerana melodinya yang perlahan.

    • muztradmelayu 19 Mac 2012 pada 9:01 am #

      Terima kasih atas refleksinya Liyana! Bagus kerana lagu yang awak pilih tidak ada di antara lagu-lagu contoh yang telah berikan. Saya suka dengan refleksi awak kerana awak telah menerangkan kepada saya dengan terperinci mengapa awak suka kepada lagu yang dipilih ini. Saya rasa video yang dimaksudkan adalah yang ini, lagu “Hati ke Hati” yang dinyanyikan Siti Nurhaliza dan Fahmi Jaafar: http://www.youtube.com/watch?v=FEJPbpd6s0E. Lirik lagu ini adalah mengenai cinta, dinyanyikan dalam video sebagai sepasang kekasih. Tahniah kerana telah menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 😀

  16. HAnis 9 Mac 2012 pada 12:08 pm #

    Hanis Qistina dari 1E2
    Tajuk :Zapin Cinta Asmara Rentak: Zapin
    Pautan:http://www.youtube.com/watch?v=QRwJOshKlx8
    Saya memilih lagu, Zapin Cinta Asmara, ini kerana saya tertarik dengan lagunya. Saya rasa lagu ini rancak dan sedap didengari. Lagu ini dinyanyi oleh Siti Nurhaliza. Bapa saya suka Siti NUrhaliza dan saya selalu dengar dia mendegar lagu ini. Lagu ini sangat sedap saya telah tertarik dengan lagu ini. SITI NURHALIZA!!!

    • muztradmelayu 19 Mac 2012 pada 8:47 am #

      Terima kasih Hanis atas refleksi awak. Bagus kerana refleksi awak mengenai lagu yang berlainan daripada lagu-lagu contoh yang telah diberikan. Saya rasa awak sudah cukup kenal dengan lagu ini jikalau awak sentiasa perasan bapa awak mendengar lagu ini. Saya harap awak boleh terangkan lagi dengan khusus mengapa awak tertarik dengan lagu ini dan mengapa ia “sedap didengari”. Walau bagaimanapun, tahniah kerana telah menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 😀

  17. natassha 9 Mac 2012 pada 12:08 pm #

    natassha nassirudin dari kelas 1E7
    tajuk: zapin cinta asmara
    rentak: zapin
    pautan: http://www.youtube.com/watch?v=QRwJOshKlx8
    saya memilih lagu yang bertajuk zapin cinta asmara kerana lagu ini sangat menarik. saya tertarik dengan lagu ini kerana lagu ini dinyanyi dari oleh penyanyi kegemaran saya yang bernama Siti Nurhaliza. lagu ini cepat dan rancak. ibu saya pun suka lagu ini dan saya mendengar lagu ini apabila saya di bas atau sedang berjalan.

    • muztradmelayu 18 Mac 2012 pada 12:46 am #

      Terima kasih Natassha atas refleksi awak! Lagu yang telah dipilih dan didengari berlainan daripada contoh-contoh lagu yang diberikan di dalam blog, jadi syabas! Saya senang dapat tahu awak mendengarkan lagu ini serentak dengan melakukan pekerjaan harian awak. Tahniah kerana telah membiasakan diri dengan rentak zapin! 😀

  18. Nabeela Nadeem 9 Mac 2012 pada 12:07 pm #

    Nabeela Nadeem dari 1E3
    Tajuk: Zapin Pekan
    Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=5h18dGMwB_Y

    Rentak lagu ini membuat saya tertarik. Apabila saya melihat penari-penari itu sedang menari, saya juga hendak menari bersama mereka. Amat seronok melihat mereka menari.Penyanyinya ialah Siti Nurhaliza. Saya kurang pasti dengan liriknya. Jika lagunya instrumental, saya rasa alat muziknya ialah rebana atau harmonica. Saya berasa gembira dan saya berasa tenang juga. Lagu ini amat sedap.

    • muztradmelayu 18 Mac 2012 pada 12:34 am #

      Terima kasih Nabeela atas refleksi awak! Bagus, awak telah mendengar dan memilih lagu yang tidak ada di dalam lagu-lagu contoh di blog ini. Liriknya, seperti yang saya tulis dalam balasan saya kepada Nur Hidayah, lirik lagu ini adalah mengenai tarian zapin. Ada alat muzik rebana, tetapi saya tidak rasa ada alat muzik harmonica yang dimainkan. Mungkin apa yang awak maksudkan adalah accordion. Alat muzik yang paling ketara adalah gambus. Tahniah kerana telah membiasakan diri awak dengan rentak zapin! 😀

  19. Putri Dahliah 9 Mac 2012 pada 12:06 pm #

    Putri Dahliah , 1e7 :>
    Tajuk ; Joget Pucuk Pisang . Rentak ; Joget 😛
    Pautan ; http://www.youtube.com/watch?v=G9fTjP_SRLM

    Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia rancak dan rentak. Lagu ini tidak dinyanyikan oleh sesiapa kerana hanya ia instrumental . Alat muzik seperti gambus. Saya rasa tenang apabila mendegar muzik ini. Ia mengingatkan saya tentang majlis perkahwinan yang saya telah kungjungi dan kampung. Saya akan menggalakkan kawan-kawan saya untuk mendengar muzik ini kerana ia moden dan sedap didengari. Teehee 😀

    • muztradmelayu 18 Mac 2012 pada 12:26 am #

      Terima kasih atas refleksi awak, Putri! Benar, lagu ini berentak joget. Syabas kerana telah mendengarkan dan memilih lagu yang berlainan daripada senarai lagu-lagu contoh. Satu percubaan yang baik untuk cuba mengenali alat muzik yang dimainkan. Sebenarnya, alat muzik yang didengar bukanlah gambus, tetapi guitar (mungkin juga bunyian sintetik atau elektronik, saya tidak pasti). Tahniah kerana telah menyesuaikan diri dengan rentak joget! 😀

  20. Tara Ebrahim 9 Mac 2012 pada 12:06 pm #

    Tara Ebrahim Mama dari 1E3
    Tajuk: Zapin Kamaruzzaman
    Rentak: Zapin
    Rentak lagu ini menarikkan saya kerana rentak zapin ialah rentak yang saya gemari. Saya akan memberitahu kawan kawan saya untuk mendengar lagu ini kerana rentaknya menarik dan suara Siti Nurhaliza ialah suara yang amat manis.

    • muztradmelayu 18 Mac 2012 pada 12:07 am #

      Terima kasih atas refleksi awak Tara. Suatu pemilihan lagu yang baik, yang tidak ada di antara lagu-lagu contoh. Awak tidak berikan pautannya, tetapi saya rasa video yang awak maksudkan adalah yang ini: http://www.youtube.com/watch?v=IBGAiaXRKwk. Memang betul versi lagu ini di bawa dalam rentak zapin seperti yang didengari dalam video ini. Tetapi ada juga versi yang dibawa di dalam rentak inang (2:38) yang dinyanyikan Syura: http://www.youtube.com/watch?v=UAydGWypLYY. Tahniah kerana dapat menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 😀

  21. Nur Shaqilla 9 Mac 2012 pada 12:06 pm #

    Nur Shaqilla dari 1E5
    Tajuk: Badarsila Rentak: Zapin
    Pautan:http://www.youtube.com/watch?v=ZYNWxABuaJY

    Rentak lagu ini amat cepat dan saya amat suka dengan lagu-lagu Siti Nurhaliza.
    Lagu ini selalunya disampaikan kepada seseorang yang amatnya cintai.
    Alat muziknya adalah rebana.
    Saya rasa amat terhibur apabila saya mendengar lagu itu.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 7:21 pm #

      Terima kasih atas refleksinya, Shaqilla. Refleksi awak terlalu pendek dan tidak melengkapi sekurang-kurangnya 50 perkataan. Rentak yang diberikan juga tidak tepat, tetapi tidak mengapa, kerana rentaknya memang sukar untuk dikenal pasti dan ia sudah menjadi kompleks. Sebenarnya, jika awak dengar dengan lebih teliti, asas rentak lagu ini adalah masri, bukan zapin. Ingat lagi tak bagaimana bunyi rentak masri?

      Mungkin sebagai soalan tambahan, apakah maksud tajuk lagu ini? Apa mesej yang hendak disampaikan melalui lirik lagu? Adakah alat muzik rebana sahaja yang dapat didengar? Selain daripada itu, percubaan yang baik kerana awak cuba untuk mendengarkan lagu yang berlainan daripada contoh-contoh lagu di dalam blog ini. Cuba, jikalau mampu, untuk memperbaiki refleksi awak ini.

  22. Hidayah 9 Mac 2012 pada 12:05 pm #

    Nur Hidayah 1E5
    Tajuk: Zapin Pekan
    Rentak: Zapin
    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=5h18dGMwB_Y
    1) Saya tertarik dengan lagu ini kerana saya suka dengar suara Siti Nurhaliza dan dia cantik. Saya suka rentak zapin kerena ia sedap.
    2) Penyanyinya adalah Siti Nurhaliza. Pada pendapat saya, maksud liriknya adalah dalam bentuk pantun. Ia adalah nasihat yang bagus untuk kita.
    3) Rebana dan gambus.
    4) Saya rasa amat relaks, menenagkan hati saya, saya rasa sungguh gembira untuk mendengar lagu itu dan lagunya sungguh sedap.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 6:58 pm #

      Terima kasih atas refleksinya, Hidayah. Sebenarnya lirik lagu “Zapin Seri Pekan” ini adalah mengenai tarian zapin yang namanya juga tarian “zapin Seri Pekan” (ada berbagai lagi jenis tarian zapin, seperti zapin Arab, zapin Lenga dan zapin Johor). Tarian zapin yang dapat kita saksikan di dalam video yang telah awak berikan adalah zapin Seri Pekan.

      Saya senang membaca reaksi awak pada lagu ini. Amat baik kerana lagu yang dipilih ini juga berlainan daripada contoh-contoh lagu yang diberikan di dalam blog. null Tahniah kerana telah dapat menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 🙂

  23. Nicole Khan 9 Mac 2012 pada 12:05 pm #

    Nicole Khan dari 1E7
    Tajuk :Zapin Telok Blangah
    Rentak :Zapin
    Pautan :http://www.youtube.com/watch?v=JsV76LaTay8

    Saya tertarik dengan lagu ini kerana saya suka melodi lagu ini dan ia menenangkan hati saya.
    Penyanyinya ialah Zubir Abdullah dan lagu itu maksud kisah pertalian sejarah dua negeri dan negara.
    Alat muzik yang dapat didengari ialah Rebana.
    Saya berasa hendak tahu tentang apa yang akan terjadi di bahagian selanjutnya.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 4:47 pm #

      Terima kasih atas refleksi awak, Nicole. Sebenarnya lagu ini adalah lagu contoh yang telah diberikan di dalam blog. Saya harap awak dapat mencari lagu lain dan menulis refleksi yang baru. Walau bagaimanapun, ini adalah satu percubaan yang baik kerana awak telah berusaha mencari makna disebalik lirik lagu ini. Tahniah kerana telah membiasakan diri awak dengan rentak zapin! 🙂

  24. Iffah Syafiqah 9 Mac 2012 pada 12:04 pm #

    Iffah Syafiqah dari 1E5
    Tajuk : Zapin Pemuncak Payung Rentak : Zapin
    Pautan : http://www.youtube.com/watch?v=-Jvuyd9Ybno

    Saya tertarik ke lagu ini kerana suara penyanyi ini amat kuat seperti Adele dan Siti Nurhaliza. Lagunya mula dengan penyanyi lelaki dan ia membuat saya tertarik . Ia juga mula dengan jambus.

    Penyanyinya ialah Syarifah. Alat muzik yang digunakan ialah jambus dan gendang. Perasaan saya ialah senang hati dan saya jadi amat puas hati. Lagunya amat cepat dengan beat yang amat pantas. Lagunya mula perlahan dan menjadi cepat . Saya tidak boleh mendengar lirik-liriknya.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 6:28 pm #

      Terima kasih atas refleksi awak, Iffah. Satu pemilihan lagu yang menarik. nullLagu ini adalah lagu moden yang mempunyai asas rentak zapin. Alat muzik rebana yang selalunya memainkan rentak zapin ini digantikan dengan drum set, atau bunyian elektronik, dan disertakan dengan alat muzik tabla (pengaruh dari muzik dangdut atau ghazal). Benar, gambus (bukan “jambus” ya) merupakan alat muzik yang dimainkan pada permulaan lagu ini. Mungkin Iffah tidak dapat dengarkan liriknya kerana lagunya terlalu cepat. Apa yang saya dapati adalah lirik lagu ini ialah mengenai adat budaya orang Melayu, seperti yang dipaparkan di sini. Tahniah kerana dapat menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 🙂

  25. Dina Iman 9 Mac 2012 pada 12:03 pm #

    Tajuk lagu: Siti Nurhaliza & Fahmi Jaafar – Hati Ke Hati

    Rentak: Zapin

    Pautan: http://www.youtube.com/watch?v=FEJPbpd6s0E

    Refleksi: Saya pilih lagu ini yang direntak zapin kerana pada pendapat saya, zapin ialah rentak yang paling berbunyi sedap pada saya. Saya pilih lagu ini juga kerana penyanyinya ialah Siti Nurhaliza, dan Siti ialah antara artist melayu kegemaran saya.
Jika lagu ini dijadikan instrumental, mungkin alat muzik kompang, xylophone, dan juga violin boleh didengari. Pasti lagu ini akan didengar sedap jika ia instrumental atau dinyanyikan juga. Perasaan saya apabila saya mendengarkan lagu ini, saya rasa tenang kerana rentaknya sedap untuk didengari dan juga bersama merduan suara Siti Nurhaliza dan Fahmi Jaafar.

    • muztradmelayu 12 Mac 2012 pada 6:05 pm #

      Terima kasih atas refleksi awak, Dina. Ada beberapa kesalahan bahasa di dalam refleksi awak ya. Harap dapatkan bantuan daripada Cikgu Hafizah untuk memperbaiki penggunaan bahasa awak. Selain itu, saya gembira kerana awak dapat sertakan pautan lagu “Hati ke Hati” yang menarik yang merupakan versi dinyanyikan Siti Nurhaliza dan Fahmi Jaafar.

      Alat muzik kompang tidak dimainkan di dalam lagu ini, mungkin apa yang awak maksudkan adalah rebana. Xylophone juga tidak dapat dikesan, mungkin alat muzik yang dimaksudkan adalah mandolin (seperti gitar), tetapi satu percubaan yang baik untuk meneka alat muzik yang dimainkan. Tahniah kerana dapat menyesuaikan diri dengan rentak zapin! 🙂 Lagu yang dipilih juga berlainan daripada contoh-contoh yang diberikan di dalam blog ini. Satu percubaan yang baik! null

  26. Nur Ain Natasha 9 Mac 2012 pada 12:01 pm #

    Nur Ain Natasha 1e7
    Tajuk Lagu: Seloka Hari Raya
    Pautan : http://www.youtube.com/watch?v=K4GQtubJoUI

    Refleksi: Rentak lagu ini adalah joget. Saya suka lagu ini kerana ia amat merdu dan saya gemar mendengar lagu hari raya. (: Lagu ini dinyanyi oleh Uji Rashid dan Hail Amir. Lagu ini tentang hari raya. Apabila mendengar lagu ini, saya berasa amat gembira kerana ia mengingatkan saya tentang masa beraya bersama keluarga kesayanganku. ❤

    • muztradmelayu 17 Mac 2012 pada 11:52 pm #

      Terima kasih Nur Ain atas refleksi awak. Hmm, lagu ini adalah salah satu diantara lagu contoh yang diberikan dalam blog. Awak juga tidak menyatakan rentak apa yang dimainkan di dalam lagu ini.

Tinggalkan Jawapan kepada muztradmelayu Batal balasan