Tugasan 2: Menulis Pantun

9 Mac

Setiap seorang dikehendaki menulis serangkap pantun yang bertemakan nasihat.

Jikalau mampu, awak boleh tulis lebih daripada satu rangkap pantun.

Cikgu Syafiqah akan memilih beberapa rangkap pantun yang terbaik yang ditulis oleh awak semua untuk dijadikan lirik lagu.

Taipkan pantun kamu di dalam kotak komen di bawah, bersertakan nama kamu.

Lakukan tugasan ini selewat-lewatnya pada 14hb Mac, hari Jumaat.

Berikut adalah beberapa rangkap pantun nasihat untuk dicontohi:

 Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Selamat mencuba!

20 Respons to “Tugasan 2: Menulis Pantun”

  1. Ain Natasha 21 Mac 2012 pada 3:47 pm #

    Ain Natasha
    1e7 (I knw its not good. 1st timer.)

    Pergi ke sekolah, jalan ke dewan,
    Ternampak rakan baikku Wati,
    Apabila memilih kawan,
    haruslah berhati-hati

  2. Dahliah 20 Mac 2012 pada 8:28 pm #

    Dahliah 1e7 :D
    ; Maaf kalau tiday “rhyme” . :P

    Dia yang memberi kita ilmu,
    Walaupun miskin atau kaya,
    Jikalau kita mengikut arahan guru,
    Tentu kita dapat berjaya.

  3. Jacqueline Monteiro 20 Mac 2012 pada 12:19 am #

    kalau seorang pemalas,
    itu tidak memanfaatkan,
    hidup kami emas,
    janganlah buangkan

  4. Nur Shaqilla 19 Mac 2012 pada 8:45 pm #

    Orang tua kita banyak berkorban
    Menyara hidup kita sejak kecil lagi..
    Sanggup membelikan barang walaupun kesuntukan wang
    Hargailah, agar tidak menyesal apabila mereka sudah pergi..

    Nur Shaqilla 1E5
    Mungkin agak sama dengan kerja seseorang murid. Maafkan saya.. :)

  5. Iffah Syafiqah 19 Mac 2012 pada 7:58 pm #

    Nama : Iffah Syafiqah
    Kelas : 1/5

    Kucing liar selalu berbunyi,
    Kucing liar berwarna coklat,
    Jika kami selalu sunyi,
    Nanti tua tidak payah memakai tongkat!

  6. Deanna 18 Mac 2012 pada 8:28 pm #

    jangan cangkul angin adikku

    itu tidak berfaedah

    namun dia tidak mengdengarku

    sekarang dia makan tanah

  7. Nur Anisa Azzli 18 Mac 2012 pada 4:55 pm #

    Nur Anisa Azzli 1E3
    Memasak-masuk sambil menyanyi,
    Tidak sedar ikan dah haungus,
    Ikan sudah tidak boleh diporolehi,
    Haruslah memberi perhatinan sekali!

  8. Sonia dari 1E2 18 Mac 2012 pada 1:26 pm #

    Bunga melur bunga melati,
    Harum baunya si bunga rampai,
    Jangan suka berhidung tinggi,
    Orang sombong tidak disukai ramai.

  9. Anastasia (1E5) 18 Mac 2012 pada 11:14 am #

    Di Tanjong Katong, airnya biru
    Di situ tempatnya, dara jelita
    Jangan selalu berasa sayu
    Carilah kawan, jadilah gembira!

  10. Yasmin Iman 15 Mac 2012 pada 11:10 pm #

    Yasmin Iman

    Cikgu kata jangan malu
    kalau malu macam mana hendak berkawan.
    Mungkin sebabnya itu,
    Kami sudah menjadi kawan!

  11. Dina Iman 15 Mac 2012 pada 4:41 pm #

    ♡Dina Iman 1E3♡

    Ibu bapa banyak mengorban,
    Berjaga kita dari kecil lagi.
    Sanggup membeli baju dan makanan.
    Menghormatkanilah mereka, takkanlah kamu rugi!

  12. Nur Insyirah 14 Mac 2012 pada 11:45 am #

    Nur Insyirah dari kelas 1E2

    Jangan bermain di sawah padi
    Nanti disengat ikan keli
    Jika kita hidung tinggi
    Kita akan menyesal nanti

  13. Syaza Aliaa 12 Mac 2012 pada 9:10 pm #

    Syaza Aliaa dari kelas 1E5

    Kalau malas kemas,
    rumah tunggang terbalik,
    masa itu emas,
    gunakan dengan baik

  14. Nabeela Nadeem 11 Mac 2012 pada 9:16 pm #

    Dapat kuliah ke Arabia
    belajar tentang ilmu agama
    kalau kita suka membaca
    suatu hari nanti akan berjaya

  15. Amirah Ishaq Ong 11 Mac 2012 pada 4:47 pm #

    Amirah Ishaq Ong dari 1E5

    Orang menyukai pada si ikhlas.
    Dia seperti pari-pari berseri.
    Jauhkan daripada sikap malas.
    Kerana ia merugikan diri.

  16. Aiman Nurdeeni 1e2 10 Mac 2012 pada 5:24 pm #

    Aiman Nurdeeni 1e2

    Jangan mementingkan diri sendiri
    Nanti kawan akan menjauhi
    Jangan terlupa berhati-hati
    Nanti malang menimpa lagi

  17. Nicole 10 Mac 2012 pada 4:44 pm #

    Nicole
    Kelas 1E7

    Budak-budak berkejar-kejar,
    Rasa gembira bermain di sana,
    jika kita rajin belajar,
    tentu kita akan berjaya

  18. Reena Nalisha 10 Mac 2012 pada 11:21 am #

    Reena Nalisha dari kelas 1E2

    beli-belah sebelum raya
    bersama ibu dan bapa saya
    kita harus selalu bersedia
    supaya hodup kita berjaya

    pergi ke pasar membeli kiwi
    kiwi dimakan sambil bercerita
    selalu beringat pesanan ini
    merokok menjejas kesihatan kita

  19. Zarith Sofea bte Mohd Azlan 9 Mac 2012 pada 7:02 pm #

    Zarith Sofea dari 1E3

    Air kolam sangat dalam
    Kalau jatuh mestilah basah
    Tidur awal setiap malam
    Supaya tak lewat ke sekolah

  20. Hidayah 9 Mac 2012 pada 5:18 pm #

    Nur Hidayah 1E5

    mengapa kita malu bertanya,
    jika mahu mencari ilmu,
    jangan takut untuk bertanya,
    bersama kita berkongsi ilmu.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: